Risau juga ni, apabila Mia belek-belek berita di SINI, mengatakan yang kadar inflasi dijangka akan meningkat kepada 3.2 peratus, paras yang tertinggi sejak tahun 2011. Amat jauh sekali dengan kadar inflasi pada tahun 2013 iaitu 2.1 peratus. Ini berikutan pengurangan subsidi yang mengakibatkan kenaikan harga petrol dan diesel, gula dan tarif elektrik yang terpaksa ditanggung oleh kita semua sebagai pengguna.

Nampaknya memang berita yang agak tidak menggembirakan di sini, penganalisis Alliance Reasearch turut menyatakan jangkaan subsidi minyak akan dikurangkan sebanyak 20 sen lagi pada Jun depan. Ditambah pula degan pelarasan tarif air dan cukai hartanah yang dijangka akan berlaku bakal membantu ke arah kenaikan kadar inflasi pada tahun 2014.

Kita haruslah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku kerana paras inflasi dijangka akan melebihi 3 peratus sepanjang tahun 2014 dengan kemuncak pada paras 3.8 di bulan Ogos ini, yang kemudiannya akan menurun sebelum akhir tahun.

Mungkin akan ada langkah-langkah yang akan dibuat oleh pihak berkenaan supaya kadar inflasi dapat dipulihkan. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

berita yang tidak menggembirakan....