Memanglah bila dah ada blog, macam-macam keinginan mula timbul. Nak itu lah... Nak ini lah..

Antaranya...
  1. Nak follower seramai mungkin
  2. Nak design blog yang paling cantik dan kemas
  3. Nak buat entri berkualiti
  4. Nak banyak update setiap hari
  5. Nak trafik yang tinggi
  6. Nak ranking Alexa yang bagus
  7. Nak komen yang banyak di setiap entri
  8. Nak ramai rakan blogger
  9. Nak popular dan famous
  10. Nak pengunjung setia yang ramai
  11. Nak ramai penyertaan bila buat segmen / giveaway
  12. Nak cepat jana pendapatan sampingan
  13. Nak blogwalking banyak blog setiap hari
  14. Nak buat sewa ruang iklan di blog
  15. Nak banyak like di fanpage
  16. Nak shoutbox penuh dengan jejak
  17. Nak blog ringan dan cepat loading
  18. Nak pengunjung suka dengan blog kita
  19. Nak backlink banyak dari blog lain
  20. Nak mantapkan blog dan jadikannya lebih baik dari blog lain

Fiuhhh... banyak betul senarai yang ada di benak kepala Mia. Tentu anda sebagai blogger pun ada keinginan di atas.

Kata orang berangan dulu, mana tahu nanti jadi kenyataan. Kalau dah berangan tu, jangan lupa pula sertakan dengan usaha untuk jadikannya kenyataan. InsyaAllah, boleh nanti. Buatlah sedikit demi sedikit mana yang senang dicapai dulu barulah kepada yang sukar dan berat dicapai. Kuatkan semangat dan jangan malu untuk belajar dari semasa ke semasa.

yakin pada diri sendiri... (^_^)