Ternyata bulan Januari ini amat sibuk bagi Mia. Namun begitu Sally dan Ainim dapat juga buat tugasan yang diberikan dari semasa ke semasa. Kami sentiasa berhubungan melalui whatsapp dan facebook chat.

Tahun ini memang Mia pilih 2 orang blogger anak dara. Supaya senang nak berikan komitmen. Banyak juga perubahan yang telah dibuat ke atas blog. Suka tengok usaha mereka yang bersungguh-sungguh dan boleh berdikari sendiri bila Mia sibuk.

Hari ini... tersenyum Mia bila lihat prestasi ranking alexa mereka berdua... ada peningkatan..

Tentang protege kedua pula, Farah baru lepas habis pantang bersalin. Mia faham keadaan Farah. Welcome back dear.... harap dapat berblog semula dan mulakan balik tugasan-tugasan yang tertangguh dulu. Buat pelan-pelan tidak mengapa....

Protege pertama pula, Eraz... memang Mia rasa bangga sangat sebab dapat kekalkan momentum berblog walau sesibuk mana. Prestasi ranking Alexa pun semakin bagus dan mantap.

Syukur sangat. Didikan kepada protege telah membuahkan hasil....

ramai betul yang nak jadi protege Mia... tapi Mia cuma mampu ambil 2 orang blogger tahun ini....