Alhamdulillah... berita baik lagi yang sememangnya sentiasa membuatkan Mia tersenyum apabila Protege Ketiga Mia, Ainim Rashihah telah mencapai target yang diingini iaitu di bawah ranking 500 Alexa Malaysia dan juga prestasi yang boleh dibanggakan dalam masa 24 hari sejak pengambilan protege pada awal bulan ini. Sangat jauh bezanya. Sebelum dan selepas. Boleh tengok di entri SINI.

Sumber Ranking Alexa di SINI

Semangat berusaha dan sifat kerajinan yang Mia inginkan di samping sanggup belajar bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil. Lambat atau cepat bergantung kepada usaha protege itu sendiri.

Tahniah Ainim. Diharapkan agar teruskan berblog dengan konsisten dan tidak sia-siakan didikan yang diberikan oleh Mia selama ini.

Syukur sangat Mia sudah lega sedikit sekarang. Selepas ini cuma memantau sahaja.

projek protege mialiana.com berjaya dilaksanakan.... (^_^)