Nampak macam remeh saja tajuk entri ini. Blogger kena pandai jaga hati orang lain. Ohhh... bicara tentang hati bukannya senang. Harus jaga perilaku kita semasa berblog atau pun ketika berjumpa dengan mana-mana blogger lain di alam nyata. Kalau ada janji apa-apa, jangan dimungkiri. Business is business.. blog is blog.. personal is personal... jangan kaitkan antara satu sama lain.

Ingat... perasaan pandangan kali pertama (first impression) orang terhadap kita itu yang lebih utama. Sentiasa kena bersedia. Contoh macam kat dalam sosial media, begitu hebat berbicara tetapi bila dah bersua, senyap membisu tanpa bahasa. Sebab itu Mia akan sentiasa sama, macam mana Mia di blog, macam itulah Mia bila berjumpa dengan orang di luar. Apatah lagi kalau dengan blogger-blogger yang baru pertama kali jumpa, Mia akan berborak seperti biasa dan akan sentiasa pastikan orang di sekeliling berasa selesa dengan kehadiran Mia.

Tu la... nasihat Mia. Kalau jadi blogger tu, janganlah lupa daratan dan lupakan isu-isu sentimental perasaan orang lain. Nak-nak kalau orang tu ada sponsor kita ke... kenalah bawa imej itu elok-elok. Paling Mia risau kalau ada orang yang sponsor itu ini... Mia akan pastikan mereka berpuashati dengan apa yang diingini setanding dengan nilai yang di sponsor.

Apa-apa pun, semua orang ada buat kesilapan. Kita boleh belajar dari kesilapan sendiri dan orang lain. Mia pun macam itu juga. Kalau Mia terlupa daratan, silalah tegur Mia ya...

tak sempat nak beramah mesra dengan blogger-blogger lain masa kat SBB2014... maafkan Mia ya..