Kali pertama baru tahu boleh transfer fail besar guna WeTransfer. Paling besar boleh sampai 2GB. Ini pun sebab nak transfer fail design banner kepada company printing untuk majlis esok. Biasalah fail design guna format .psd iaitu Adobe Photoshop memang agak besar. Sebenarnya, design dah siap dari minggu lepas, tetapi asyik ada pindaan saja tu yang jadi lambat. Tukar itu. Tukar ini. Geram pun ada juga ini.

Jenuh juga nak menunggu aktiviti transferring ini. Sabar dan redha saja sampailah selesai.


klik pada gambar untuk besarkan

Kalau internet lambat memang lambatlah jadinya. Nasib internet agak laju, itu pun dalam 4 jam menunggu... huhuhuhu kalau lagi laju lagilah cepat siap.

terasa internet yang laju sangat diperlukan sekarang ini...