Inilah dilema yang paling berat dalam mana-mana institusi keluarga yang ibu bapanya, seorang kerja swasta dan seorang lagi kerja kerajaan. Termasuklah Mia.

Tahun ini dari bulan Januari hingga bulan Mac, boleh sangat dikira dengan jari, berapa sangatlah hari Ahad yang bekerja. Mia kerap sangat ambil cuti pada hari Ahad, untuk aktiviti bersama keluarga.

Hari ini, Ahad lagi. Mia cuti juga. Bukan Mia seorang, kawan-kawan lain juga, pun ada yang macam ni. Kadang terpaksa ambil mc atau cuti sakit semata-mata untuk cuti pada hari Ahad. Nampak tak? Inilah impak besar yang dialami apabila sudah dikuatkuasakan cuti Jumaat dan Sabtu, tetapi swasta dan bank tidak ikut pula. Terlalu amat menyusahkan. Aisshhh...

Kalaulah diseragamkan semua kan senang. Ini separuh-separuh pula. Kan payah macam ni. Sedih sekejap bila Ahad datang. Jadi mangsa keadaan..

sekadar meluahkan realiti yang berlaku.... kita ada hak untuk bersuara walaupun hanya di dalam blog... huhuhuhu