Hari ini kan tak kerja bagi negeri Johor. makanya awal-awal pagi dah cuci pakaian di rumah dulu. Bila dah siap terus ke Kedai Dobi Layan Diri Quicklean di Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti, Johor Bahru. Baru dibuka di sini. Beroperasi 24 jam. Dekat saja dengan rumah.



Sempat juga nak update blog masa menunggu pakaian dikeringkan. Kat sini selesa sangat. Ada kerusi untuk duduk, ada meja untuk lipat pakaian dan ada wifi untuk akses kepada internet.

Sekarang dah musim hujan. Sebelah tengahari hingga ke petang selalunya hujan.

lega... kering sepenuhnya.