Amboi-amboi Sofea ni... sampai rumah sahaja terus dia tunjukkan mainan baru dia. Mainan masak-masak. Agak letih juga Mia outstation ke Kuala Lumpur.



Nak dijadikan cerita, petang semalam rupanya dia merengek kat ayahnya nakkan mainan masak-masak. Seboleh-boleh nak juga. Lepas, siap call Mia mengadu. Baru tinggalkan satu hari, dah meragam. Si ayah pun melayan karenahnya dan pergi jalan ke kedai mainan di Bandar Baru Uda. Dah dibelikan terus tersenyum.


Nampak tak... senyum melebar dia bila ayahnya ambil gambar dan whatsapp kan ke Mia. Pandai pula minta dengan ayah dia.

update jap selepas Sofea tidur...