Entri Mia yang ini pula... Mia nak cerita tentang etika ketika kita bekerja. Mana-mana tempat kerja pasti ada juga orang yang jenis cakap "tak tahu". Terus terang Mia katakan apa yang kita belajar di Politeknik, Kolej, Universiti hanya asas sahaja. Bila masuk alam pekerjaan tak akan sama. Kadang banyak benda yang kita tak tahu tapi apalah salahnya cuba belajar sebab dah itu kerja kita. Janganlah pula memanjang jawab "tak tahu" bila bos tanya kita. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Janganlah terlalu bangga ada kelulusan tapi tak boleh buat kerja yang diberikan atas alasan "tak tahu" dan "dulu tak pernah belajar". Alam belajar dan pekerjaan tidak sama.

Jangan asyik menangguhkan kerja sebab tak tahu nak buat macam mana yang akhirnya akan menyusahkan orang lain yang terpaksa menanggung kerja itu dan pada masa yang sana kena juga buat kerjanya sendiri. Tak ke.. menganiaya orang itu. Gaji dia tetap sama bukannya bertambah. Bila kerja itu hasilnya bagus, terus mengaku itu kerja dia, padahal orang lain yang buat. Bila tak bagus pula, hanya diam dan buat tak tahu. Pandai pula berlakon. Sentiasa ada alasan untuk menyelamatkan diri.

Mungkin ramai yang tak sedar tentang perkara ini. Bila kita dibayar sekian amaun gaji untuk kerja yang patut kita buat. Buatlah betul-betul, barulah ada keberkatan rezeki di situ. Kalau kita lepaskan kerja kita pada orang lain? Boleh tak beri sekali gaji kita sikit? Tentu tak nak kan... macam tu lah kaedahnya. Terasa tidak adil di situ. Selalunya berlaku pada orang yang kaki bodek, suka lepas tangan tapi gaji nak jalan. Orang macam ini memang akan menyusahkan orang lain. Besok-besok kalau orang itu dah tiada (ie. pindah tempat kerja), nak tak nak kena buat kerja sendiri juga kan...

Apa yang kita boleh buat, doakan saja mereka yang jenis macam ni, biar diberi petunjuk dan hidayah. Moga sedar diri dan hargailah orang-orang lain yang sama-sama kerja dengan mereka.

sekadar luahan... nak sedarkan...