Suasana raya terasa kini
Sedikit masa lagi
Sangat dinanti
Kemeriahan Aidilfitri

Suasana raya terasa kini
Sanak saudara berkumpul kembali
Terbayang keseronokan tambah seri
Riuh rendah menggamit memori

Suasana raya terasa kini
Kanak-kanak paling gembira sekali
Duit raya angan di hati
Dah berkira raya rumah mana nanti

Suasana raya terasa kini
Balik kampung sila hati-hati
Tidak tahu bahaya yang menanti
Moga selamat sampai ke destinasi

Suasana raya terasa kini
1 Syawal kan tiba pasti
Sambutlah dengan keriangan hati
Selamat Hari Raya Aidilfitri

nukilan puisi dari Mia... salam lebaran buat semua..