Dah lama rasanya Mia tidak cerita tentang blogger protege yang Mia didik iaitu Eraz dan Farah pada tahun lepas, Ainim dan Sally pada tahun ini.

Tiada apa yang Mia inginkan. Hanya ingin melihat mereka berjaya di dalam dunia blog. Pandai-pandailah nak mengatur langkah. Ada di antara mereka yang sekarang sudah menjana income dari blog melalui advertorial. Konsisten dalam berblog, itulah kunci utamanya selain tidak jemu berusaha untuk memantapkan blog masing-masing.

Mia nak rehat sebentar dari aktiviti mentor memandangkan semua blogger protege sudah lengkap ilmu di dada. Nasihat Mia, jangan sesekali lupa diri dan mendabik dada bila dah berjaya nanti.

 mood rehat....