Wahhh... bestnya dapat manjakan diri ini di Aishah Radhiah Beauty Spa di branch Ampang. Petang 11 November 2014, Mia telah jejakkan kaki ke sini. Buat pakej rawatan November Promo yang ini.

Herbal Sauna
+
Full Body Massage
+
Full Body Chocolate Scrub
+
Signature Chocolate Facial

Seronok sungguh dapat buat rawatan di sini. Alunan air pancut yang sentiasa kedengaran terasa begitu menenangkan. Hilang segala stres. Yang paling tak tahan bau coklatnya yang terasa macam nyam.. nyam.. tapi tak boleh dimakan ya. Khas untuk rawatan. Coklat untuk lebih cepat kesannya. Terasa lebih cerah dan gebu kulitnya nanti.

Pintu masuk Aishah Radhiah Beauty Spa.

Alunan air pancut yang menenangkan.

Dekorasi kontemporari.

Ruang rehat yang ekslusif.

Sebelum pulang minum air coklat.

Layanannya begitu mesra walaupun baru pertama kali Mia datang ke sini. Puas hati dengan pakej ini. Badan terasa segar. Jiwa pun tenang. Lokasinya pun mudah dicari. Bolehlah singgah ke sini lagi nanti.

Jom kita berspa, sila klik SINI


elok manjakan diri dengan spa di kala stres dengan kerja...