Semalam, Mia dengan Hafizs serta Bos Mia hadir ke event VMware Solutions Symposium 2014 di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya. Satu hari dari 7.30 pagi hingga 6.30 petang. 

Memang nak datang awal. Nak early bird gift iaitu voucher Jusco RM30. Kemudian, pergi kat semua booth, join aktiviti dan dapatkan gift dari mereka. Memang best bila datang sini. Dapat macam-macam gift. Pukul 9.00 pagi barulah mula masuk ke dalam dewan untuk seminar.

Terlalu ramai sangat yang datang dari pelbagai agensi di sektor awam dan swasta. Orang yang berkepentingan di dalam bidang teknologi maklumat.

selfie bertiga...

penuh satu dewan besar

habis pergi semua booth

antara gift yang dapat dari booth

event dah habis

Punyalah berharap dapat menang lucky draw besar petang semalam. Tapi tak ada tuah. Yang penting tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat ilmu. Dapat banyak gifts. Habis je event terus balik Johor Bahru. Sampai rumah sebelum tengah malam tadi.

Sayonara VMware Solutions Symposium 2014. Tahun depan jumpa lagi...

Gifts dari booth ada di entri SINI.

Kisah VMware tahun lepas ada di SINI dan SINI.

sesi update diri dengan teknologi semasa....

Jom join sekarang :