Semalam ada pergi ke @mart Kempas beli barang keperluan sedikit. Sofea berkenan pula pada gula-gula kapas yang tergantung di satu booth. Harganya RM4.00.


Sofea teruja nak tahu macam mana rasanya gula-gula kapas. Sebab selama ini Mia tak pernah beli sejak adanya Sofea. Dulu ada lah beberapa kali Mia beli gula-gula kapas masa zaman sekolah.

Suka Sofea bila dapat makan. Gula-gula kapas akan cair bila masuk dalam mulut. Makan sedikit demi sedikit. Manis betul. Selepas itu, terus minum air masak banyak-banyak.

Dah pesan Sofea. Tidak boleh makan gula-gula kapas ni selalu. Sekali-sekala saja boleh. Sebab manis sangat. Tak elok untuk kesihatan.


** pengalaman pertama Sofea makan gula-gula kapas... sangat unik katanya...