Makan Tengahari Di Kedai Makan Wangi Salai

Hari Isnin, 9 Oktober 2023 yang lepas, Mia bersama rakan sekerja ke Kuala Lumpur menaiki van pejabat. Semasa dalam perjalanan nak ke Hotel IDEAS Kuala Lumpur bagi menghadiri Kursus Microsoft Excel Advance, kami singgah makan tengahari di Kedai Makan Wangi Salai berdekatan Exit Pedas Linggi Negeri Sembilan.



Kali pertama Mia makan di sini, agak teruja sedikit. Ada deretan kedai makan di sini yang menjual menu makanan salai. Ada juga yang tutup pada hari Isnin. Jadinya kami singgah makan di Kedai Makan Wangi Salai. 





Wah... menu original salai masak lemak pedas. Ada arnab salai, ayam kampung salai, itik salai, telur itik salai, ikan baung salai dan lain-lain.


Banyak pilihan menu makanannya. Ikan bakar pun ada. Pedas sudah semestinya. Selera negeri lah katakan. Sambil kami makan, diiringi oleh nyanyian live band yang menghiburkan. Sedap dan cukup rasa menu makanannya. Boleh repeat makan di sini lagi nanti.


** berlapan kami ini... dah macam rombongan Cik Kiah ke Kay Ell...


Post a Comment

2 Comments