Makan Malam Di Pulai Steamboat & Grill Skudai

Kisah pada 23 Februari 2024 yang lepas. Melayankan selera tekak yang ingin makan steamboat dan grill. Dah lama tak makan ala-ala steamboat ini. Makanya cari punya cari restoren yang bersesuaian.. tup-tup muncul di google Pulai Steamboat & Grill, Taman Sri Pulai Perdana, Skudai. Bolehlah nak cuba makan di sini.




Kata orang petuanya kalau nak makan steamboat dan grill ini kena pastikan perut betul-betul lapar, barulah boleh makan banyak. Masak depan mata selepas itu makan panas-panas, fiuh sangat menyelerakan. Puas hati makan di sini. Harganya pun berpatutan.


** family outing.... 


Post a Comment

1 Comments