Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023

Alhamdulillah... syukur sangat Mia. Rezeki tahun baru 2024, Mia terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 di pejabat Mia dengan jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA32. Ini adalah kali kedua Mia terima APC. Sebelum ini Mia terima semasa jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 di SINI.

Majlis sambutannya diadakan di Dewan Mas Merah Ibu Pejabat LPNM pada 20 Februari 2024. Dirai bersama dengan rakan sekerja yang lain.

Muka ceria semuanya.

Dengan Norina, rakan sekerja dari Bahagian Pembangunan Teknologi Nanas, Alor Bukit, Pontian. Sempat jugalah berborak dengan dia ni, cungkil rahsia macam mana boleh diet sihat dan turun banyak kilogram. Kagum dengan dia. Harap Mia dapat culik semangat dia.

Rakan semeja yang peramah dan ada saja yang diborakkan. Maklumlah bukan selalu boleh jumpa dan berkumpul seperti ini.

Sedapnya pilihan menu pada hari ini. Cheat day. Makan saja, lupakan diet seketika. Makanan berat yang sangat mengenyangkan.

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diterima. Agak nervous naik pentas. 


Bergambar kenangan dengan semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023. Terbaik semuanya. 


** mood syukur...


Post a Comment

3 Comments

  1. alhamdulillah...tahniah Mia...semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tugas yang diberikan..aamin

    ReplyDelete
  2. tahniah mia semoga terus berjaya. cantik template baru

    ReplyDelete