klik pada gambar untuk besarkan

Mia baru sahaja terima panggilan dari Syahrul Sapri, rakan sekerja arwah ex-fiancee Mia di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Katanya, arwah baru sahaja menghembuskan nafasnya di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Beberapa hari sebelum itu pada 16 Mac yang lepas, Syahrul ada beritahu Mia yang arwahnya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Unit ICU, IJN disebabkan pendarahan. Jauh tu kat Kuala Lumpur, tak dapat lah nak melawat. 

Arwahnya seorang yang baik. Kami berpisah mungkin sebab dah tiada jodoh. Masing-masing berkahwin dengan pasangan sendiri.

Semoga rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn...