Syukur alhamdulillah, permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah pun lulus. Semalam, posmen yang hantar surat ini. Terus tanpa berlengah lagi, cepat-cepat buka surat ini. Wah.... terharunya. Senyum lebar sangat-sangat, tanda gembira.

Memandangkan Mia pun dah nak habis belajar, maka tiba masanya suami Mia sambung belajar pula demi mencapai cita-citanya. Tahun ini suami Mia sambung belajar secara sepenuh masa. Jadi, memang layak untuk Mia buat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bulan lepas, Mia ada buat semakan di pejabat LHDN Bandar Baru UDA untuk pastikan sama ada permohonan lulus atau tidak. Bila disemak dalam sistem, katanya lulus dan cuma tunggu surat sampai sebelum bulan April. Masa tu suka juga tapi risau selagi surat tak sampai selagi tu hati ini gundah gulana.

Rupanya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mengikut fasa. Mia pula tersenarai fasa yang ke-4. Terfikir juga, ada berapa fasa ya.. kesemuanya?

Tapi yang pasti, minggu depan hari Isnin 12 Mac 2012, Mia akan pergi mengambil baucer ini di Kelab Sukan Taman Universiti. Kata jiran Mia, orang yang buat permohonan tu yang kena hadir sendiri, tidak boleh wakilkan orang lain. 

Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia ...

1 Malaysia... Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ....

p/s: tak kisahlah walaupun lambat, janji dapat.....