klik pada gambar untuk besarkan

Pernah tak kita ambil kisah siapa yang datang ke blog kita? Penting juga ya... supaya kita dapat kenal pasti pengunjung itu pernah datang sini atau pun tidak.

Mengikut laporan Google Analytics pada hari semalam, jumlah pengunjung blog ini sebanyak 506 visit dengan 469 uv manakala sebanyak 71.74% adalah pengunjung baru dengan pageviews sebanyak 938. Seramai 455 pengunjung datang dari Malaysia.


Bila dilihat melalui akaun nuffnang pula, sebanyak 503 uv dengan 938 pageviews. Beza sedikit sahaja pada unique visitor.

Pengunjung amat penting bagi blogger. Sebab itu ramai blogger berusaha keras untuk update blog setiap hari  bagi menjaga hati pengunjung dan memastikan penampilan blog lebih kemas dan teratur.

Jadi, apa yang kita dapat simpulkan di sini ialah jangan menganggap pengunjung yang datang ke blog kita adalah pengunjung yang sama. Pengunjung baru pun ada datang setiap hari, boleh jadi dari enjin carian atau pun yang baru kenal blog kita. Tidak semestinya juga yang datang ke blog kita ini adalah blogger, kerana kebanyakkannya kemungkinan silent reader, mereka yang datang hanya untuk mendapatkan maklumat dan informasi sahaja. Selagi blog kita boleh diakses 24 jam X 7 hari, selagi itu sesiapa pun boleh jadi pengunjung kita.

p/s: sayang kat semua pengunjung blog ini....