Hmmmm... sedapnya ikan bilis goreng ini. Bukan calang-calang resepi. Mia pun baru first time rasa ni. Adik Mak Dara, Rina yang masak ni. Katanya resepi ini dia dapat dari salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Lokasi di dapur Mak Dara.

Jadi apalah salahnya menuntut ilmu memasak pula dengan Rina....



Cara-caranya..
  1. Goreng ikan bilis sampai sebelum garing (maksudnya hampir garing, kalau garing sangat nanti rangup pula macam keropok)
  2. Angkat ikan bilis yang digoreng tadi dan biarkan kering
  3. Masukkan minyak masak yang baru
  4. Masukkan potongan bawang besar premium yang berwarna oren (bukan yang merah ya...)
  5. Masukkan cili padi yang telah dipotong... chicken stock, pepper dan gula
  6. Apabila dah nak kering, masukkan balik ikan bilis goreng tadi.
  7. Dah siap, matikanlah api dan hidangkan di dalam pinggan
Yang penting, jangan biarkan bawang digoreng lama sangat, nanti air dari bawang akan lembikkan ikan bilis. Hmmm... nampak menarik bukan? Bolehlah cuba nanti...

p/s: sedap dan enak dimakan begitu sahaja.....