Hmmm... di kala malam-malam begini. Di saat tak tahu nak buat apa... Mia pun bacalah entri-entri lama di blog ini. Tiba-tiba rasa kesian pula. Ada ke orang nak baca entri-entri lama ini?

Mia pun bukalah twitter dan tweet semua entri-entri lama daripada Mac 2007 hingga Julai 2007. Satu persatu. Habis penuh dengan tweet entri-entri Mia je... Saja-saja sambil melayan perasaan sebab nak ambik mood sebelum baca buku. Belajar setengah jam sahaja sebelum tidur malam ini. Esok dah mula kerja.

Selain dari itu, boleh juga ping entri-entri lama dalam Facebook dan drBuku. Jangan asyik ingat nak buat entri baru setiap hari dan hanya ping entri baru sahaja. Jangan abaikan nasib entri-entri lama. Lainlah kalau entri-entri SEO, sepanjang masa ada sahaja orang cari  di Google, Yahoo, Bing dan lain-lain search engine.

p/s: kalau tiada sesiapa yang baca, sendirilah yang baca pelan-pelan. banyak kenangan sentimental value...