klik untuk besarkan gambar

Mia agak kesibukan sejak akhir-akhir ini, jadi janganlah berkecil hati sekiranya Mia tidak sempat nak balas kunjungan dan komen di blog anda semua. Lepas bulan April, Mia dah tak sibuk seperti sekarang ni.

Siapa yang belum ada Google Analytics kat sini? Mia sebenarnya dah pasang lama sejak sebelum ada domain lagi. Cuma malas nak guna. Tidak boleh bergantung sepenuhnya pada akaun nuffang sebab laporan trafiknya yang agak terbatas. Jadi apalah salahnya register dan pasang code nya di dalam blog kita supaya senang kita nak tengok trafik yang datang ke blog kita.

Gambar di atas adalah screen shot daripada laporan Google Analytics untuk sebulan. Entri ini adalah sebagai rekod prestasi blog ini. Nampak tak ada rupa macam gunung everest tu. Masa tu lah Mia buat entri SEO tentang SBPA. Cubaan pertama. Harap jangan marah ya... kawan-kawan blogger SEO. Tiba-tiba pula blog personal ni buat entri SEO. Saja je Mia nak cuba. Mia masih belajar lagi tentang blog yang menggunakan blogspot walaupun ramai yang sarankan agak bertukar kepada wordpress supaya dapat lebih banyak trafik dari enjin carian.

Prestasi blog ini dalam masa sebulan masih lagi maintain dan Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke teratak picisan Mia ni. Sayang anda semua...

p/s: kepada yang belum pasang code Google Analytics ni, cepat-cepat pasanglah ya...