Kali ini banner gift Mia untuk dua orang blogger yang banyak membantu Mia semasa kempen tempohari. Mereka memang best dan Mia tak kekok bila berinteraksi dengan mereka. Mia dah pernah jumpa dengan Zulfakar. Mrs Adam belum pernah bersua lagi.


Mrs Adam ini seorang ibu kepada dua orang anak yang comel. Juga pelajar Open University Malaysia. Kenal Mia sejak tahu lepas lagi. Yang bestnya, banyak ikut  tips-tips belajar Mia dan sejak itu dah 2 semester dapat dean's list (anugerah dekan). Tahniah ya. Sekarang ini sedang sibuk untuk final exam semester Mei 2012. Semoga dapat jawab dengan tenang.... Good luck ya!







Zul, seorang businessman yang berjaya. First time jumpa, memang best. Siap berborak lagi sampai tak ingat dunia. Ayah kepada 2 orang anak yang cute dan mempunyai beberapa blog. Masa kempen tempohari, seluruh keluarganya termasuk saudara mara tolong undikan Mia. Terharu betul rasanya. Terima kasih ya Zul...





Harap sangat mereka sukakan banner yang Mia buat ini menepati selera mereka. Kepada yang belum kenal lagi, jom singgah blog mereka....

p/s: mereka banyak betul bantu Mia.. mana tahu esok lusa, Mia bantu mereka pula.... peace ^_^