Menu sahur Mia pagi ini diserikan dengan kehadiran buah pulasan hasil daripada kebun keluarga Mia. Dua hari sebelumnya, Mak dan Ayah Mia ada turun Johor Bahru, maka dihantarnya satu baldi penuh dengan buah pulasan. Hasil daripada kebun sendiri tentulah perasaan nak makan pun rasa seronok.

Selalunya, kalau dah banyak macam ni, Mia akan kopek dahulu kulitnya supaya senang dimakan dan disimpan di dalam peti sejuk. Kalau nak makan, boleh ambil sendiri dalam peti sejuk bila nak ke dapur ataupun letakkan dalam pinggan dan makan ramai-ramai. Macamlah ramai sangat kat dalam rumah ni, cuma bertiga je. Tapi kalau kat kampung, paling seronok makan kat bawah pokok pulasan. Ramai-ramai dengan adik-beradik, tentu riuh jadinya.





Sahur pagi tadi cuma makan separuh pinggan je buah pulasan ini, kiranya dessert la selepas makan nasi dengan ayam goreng KFC.

p/s: selesai sahur pada hari pertama ramadhan....