Setiap tahun, bila menjelangnya bulan puasa / ramadhan, ada satu lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam iaitu dengan membayar zakat fitrah.

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut negeri. Berikut ialah senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 ( 1433 H)  mengikut negeri di Malaysia.
  • Perlis - RM 6.00
  • Kedah - RM 7.00
  • Pulau Pinang - RM 7.00
  • Perak - RM 7.00
  • Selangor - RM 7.00
  • Negeri Sembilan - RM 6.50
  • Melaka - RM 6.50
  • Johor - RM 5.00 / RM 8.00
  • Pahang - RM 7.00
  • Terengganu - RM 4.50 / RM 7.00 / RM 7.60
  • Kelantan - RM 7.00
  • Sarawak - RM 6.50
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) - RM 7.00
Semoga amalan kita semua mendapat rahmat daripadaNya dan beroleh keberkatan. Amin...