Kisah Beli Barang Keperluan dan Sofea Tunggang Gajah Mainan di Giant U Mall...

Malam semalam kami pergi Giant untuk beli barang-barang keperluan. Agak sedih sedikit sebab troli dah habis digunakan pada masa tu. Hmmm... ramai pula yang shopping dan terpaksa kami guna 2 bakul. Sofea pun kena jalanlah nampaknya. Inilah kali pertama kami beli barang keperluan di Giant tanpa troli.

Tak sangka banyak juga yang dibeli termasuk beli beras. Barang di dapur banyak yang dah habis. Penuh barang-barang dalam bakul termasuk barang keperluan Sofea. Bayangkan macam tak cukup tangan dibuatnya. Masa tengah nak bayar kat kaunter, Suami Mia nak pergi cari troli kat bawah... dah pukul 10.00 malam tentu dah ada troli di bawah. tup-tup ada seorang makcik yang baik hati, beratur di belakang Mia hulurkan trolinya pada kami. Alhamdulillah, kebetulan mak cik tu beli barang tak sebanyak kami dan mak cik tu ada beli baldi sekali. Jadi barang-barangnya muat masuk dalam baldi sahaja.  Mungkin dia tengok kepayahan kami ini dengan anak lagi, jadi terbuka hatinya nak berikan troli. Alhamdulillah, syukur. Terus Sofea dimasukkan ke dalam troli dulu. Kesian, penatnya dia jalan.

Bila keluar sahaja, mulalah nak naik gajah mainan. Sukanya dia. Ni first time dia nak naik gajah yang besar. Sebelum ini naik yang kecil sahaja. Terhibur juga hatinya selepas mengeluh penat berjalan satu Giant... Kesiannya, tengok muka pun nampak macam penat... 

Jom tengok Sofea tunggang gajah mainan...zassss..





p/s: kisah Sofea tentang naik mainan ini pada 2 tahun yang lepas ada di entri INI.