Minyak Sakal Putung Serai Wangi Wak Dakam ini dikenali dengan Minyak Wak Dakam. Minyak yang wajib ada di rumah Mia, rumah keluarga Mia dan rumah keluarga Mertua Mia. Kalau tak ada, tak sah. 

Banyak betul kegunaan minyak ini. Seingat Mia, masa Mia di sekolah menengah lagi dah ada Minyak Wak Dakam ini. Minyak ini diusahakan sendiri di Sri Medan, Batu Pahat. Masa itu, tidaklah komersil seperti sekarang. Sekarang.. di mana-mana ada sahaja Minyak Wak Dakam. Sebut sahaja di kedai, orang dah tahu minyak yang mana satu... Dulu murah sedikit harganya. Sekarang dah mencecah RM 10.00 sebotol.

Setakat ini, minyak ini mujarab digunakan secara tradisional untuk pelbagai kegunaan. 



p/s: sentiasa ada satu di rumah... kalau dah habis, cepat-cepat beli yang baru...