Ngeteh Tengah-Tengah Malam Dengan Bro Framestone Di Batu Pahat

Malam tadi Mia dan Suami Mia balik kampung di Parit Raja, Batu Pahat. Lepas isyak bersiap-siaplah pulang. Sebelum itu, pada sebelah petangnya Bro Framestone dah roger Mia yang dia ada di Batu Pahat. Terpelik lah pula, buat apa di situ. Hmmmm... baru teringat sebab ehem-ehem dia, orang situ... so faham-faham sahaja la, kalau dah kena balik ke rumah bakal mertua... opssss jangan marah.

Bila dah sampai, lokasi ngeteh kami di kedai makan berhampiran stesen minyak Petronas. Bila dah duduk bersembang, apalagi berborak sakan. Kami tak makan sebab masing-masing dah kenyang. Cuma minum air sambil hirup udara tengah malam. Macam-macam yang dibincangkan dalam forum perdana tergempar ini, daripada kisah blog, blogger, android, game android, blog berat entah apa-apa lagi. Pendek kata, suatu perkongsian yang bermanfaat. Banyak ilmu Mia cedok daripada blogger yang sempoi dan berkain pelekat ini. 





p/s: tak sedar kami borak-borak sampai 12.30 tengah malam..... lama juga tu dalam 2 jam kot...