Mentang-mentang hari ini hari Ahad.. ada sahaja projek kat dalam rumah ini. Projek usahasama antara Mia dengan Suami Mia. Sofea kecil lagi memang tidak boleh join. 

Operasi membersihkan semua kipas yang ada dalam rumah ini merangkumi 3 buah kipas siling, 1 buah kipas dinding dan 1 buah kipas pelawas (exhaust fan). Peralatan yang digunakan ialah kerusi (kalau guna tangga takut gayat pula Mia), kain buruk (nama sahaja buruk, tapi tidak buruk mana pun) dan sabun (apa-apa jenis sabun janji boleh sental).

Nak tunggu raya lama lagi. Operasi harus dibuat segera, nanti bulan puasa banyak benda lain yang hendak dibuat. Hari ini adalah harinya. Berpeluh-peluh buat ni, tak perlu lah nak jogging kat luar sana....

Dan inilah hasilnya...
Kipas siling yang ada di ruang tamu dan di 2 bilik tidur

Kipas dinding yang ada di ruang dapur. Kilat tak?

Kipas Pelawas yang ada di bilik air. Belum dipasang oleh Suami Mia. 
Tengah keringkan. Baru lepas dibersihkan terus Mia ambil gambar.

Lepas baca entri ni terus tengok kipas angin sendiri di rumah, kan? Mia dah dapat agak dah... 

p/s: operasi telah selesai dilaksanakan dengan jayanya... gambar adalah daripada sentuhan instagram....