Pentingkah Membalas Komen Di Blog Sendiri?

sila klik pada gambar untuk besarkan

Mia sebenarnya tiba-tiba nak buat entri ini selepas membaca entri PERLUKAH MEMBALAS KOMEN DALAM BLOG SENDIRI? oleh blogger Taliff. Seorang blogger yang pada pendapat Mia pandai menulis entri yang berkualiti dan juga membuatkan pengunjung (blogger) memberikan komen di dalam entri-entrinya. Siap ada yang komen berjela-jela. Tak rugi kalau lepak lama-lama di blognya.

Bagi Mia....


Sebenarnya membalas komen ini penting supaya blog mendapat komunikasi hubungan dua hala bukannya satu hala. Kita akan dapat tahu kehendak dan keperluan pengunjung. Apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. Blog akan nampak mesra dan menampakkan yang tuan blog tidak sombong.

Bila kita buka satu entri dan selepas tu baca komen-komen daripada pengunjung. Kemudian nampak tuan punya blog ada menjawab dan bagi respon kepada pengunjungnya. Apakah perasaan kita pada masa itu? Wahhhh bestnya blog ini sebab blognya mesra. Pandai hargai dan interaksi dengan pengunjung. Bukan setakat nak jawab persoalan sahaja bahkan untuk mendekatkan tuan blog kepada pengunjung. Dari situ sahaja secara tak langsung kita dapat mengenali peribadi dan cara tuan blog itu.

Sebenarnya tuan blog tidak berniat pun nak menunjuk-nunjuk dengan angka komen yang banyak. Sila lupakan tanggapan ini. Itulah cara yang sesuai untuk tuan blog dapat berkomunikasi dengan pengunjungnya. Agak-agak jugalah kalau dah banyak sangat mungkin tidak terbalas, memadai untuk buat satu balasan komen yang merangkumi semua. Sekurang-kurangnya, pengunjung tahu yang tuan blog dah baca komen yang diberikan. Tentu suka kan, kalau kita komen kat entri lepas itu tuan blog balas komen kita? Kita mungkin akan datang semula nak tengok apa yang tuan blog balas. Bila dah baca tentu rasa lega yang tuan blog tahu tentang respon kita.

Ada juga komen-komen yang berkualiti dihasilkan daripada pengunjung turut membantu kepada pencarian keyword bagi entri tersebut (SERP). Bayangkan jika entri itu simple tetapi mendapat banyak komen yang berkualiti secara sendiri entri itu akan memiliki banyak keyword.

Jadi, ringan-ringankan tangan untuk membalas komen kepada pengunjung. Kalau sibuk, buatlah satu entri mengatakan anda sibuk supaya pengunjung tahu keadaan anda. Jangan abaikan hati dan perasaan pengunjung. Selagi blog kita dapat diakses, selagi itu sesiapa sahaja boleh menjadi pengunjung kita, samada kawan atau pun lawan. 

p/s : Be nice and respect to them and they will be nice and respect to you too...