Permohonan Akaun Google AdSense Telah Berjaya

Pertama kalinya, Mia ingin panjatkan kesyukuran padaNya kerana memakbulkan doa Mia ini. Alhamdulillah, permohonan mendapatkan akaun Google Adsense telah berjaya selepas 3 kali membuat permohonan. Iklan Google Adsense telah pun terpapar di dalam blog Teratak Liana dan Mialiana.com

Banyak lagi yang Mia perlu pelajari tentang selok-belok Google AdSense ini. Katanya sangat strict (peraturannya sangat ketat). Kalau ada apa-apa masalah, Google Adsense Support akan emel. Kita kena cepat-cepat balas emel tersebut dan berikan penjelasan supaya akaun Google AdSense tidak terjejas.

p/s: dijemput singgah ke Teratak Liana ya...