Rindunya Saat Belajar Semasa Di Open University Malaysia


Hmmm.. di kala ini pelajar-pelajar sedang sibuk belajar untuk persediaan final exam semester Mei 2012. Tiba-tiba teringat masa Mia belajar dulu. Selalunya Mia akan tidur dulu dan belajar awal pagi. Terasa rindunya saat-saat itu. Mentang-mentang dah terbiasa 4 tahun macam ni, jadi bila dah habis belajar masih lagi terbayang-bayang.

Banyak kenangan Mia dengan Open University Malaysia (OUM) ni. Semuanya ada dikisahkan di ruangan Study Matters

Kadang-kadang bila duduk diam, teringat juga. Waktu sekarang ni patutnya dah buat apa.... saat menyiapkan assignment dan persediaan final exam. Kepayahan belajar masa mengandung dan selepas bersalin. Baca buku sampai tertidur dengan buku. Buat programming sampai mata letih dan otak tepu. Susah hati bila tak siap itu dan ini. Pernah blank masa jawab final exam. Macam-macam lagi perasaan yang dialami. Mana nak urus keluarga dan kerjaya lagi sambil maintain pointer CGPA untuk Dermasiswa OUM. Air mata mengalir di kala suka dan duka... Sangat perit masa tu. Nampak dan cakap memanglah senang, tapi yang laluinya hanya sendiri yang tahu perasaan tu macam mana. Dugaan memang banyak, namun dapat diatasi dengan tabah.

Setiap kali bercerita tentang belajar, boleh mengalir air mata ini, bila terkenangkan saat belajar dulu. Namun, bila lihat pada keputusan yang dicapai seolah-seolah telah membayar segalanya. Hajat di hati memang nak sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Tapi disimpan dulu. Mungkin tahun depan ke... Kena tengok keadaan kewangan dan perlu betul-betul cukup sedia untuk belajar semula. 

p/s: suka dan minat belajar...