Sejak keluar result Bachelor of Information Technology pada akhir bulan Mei 2012 yang lepas, Suami Mia dah bising dan ingatkan Mia bilalah nak buat salinan sijil-sijil dan buat pengesahan. Hmmm... baru tergerak nak buat minggu lepas. Bila dikira hampir 120 helai semuanya. Bila nak buat 10 salinan, makkk aiii banyaknya. 

Nasib baik ada tempat fotostat murah di Skudai. Sehelai dapat RM 0.04. Syukur sangat. Terus hantar fotostat kat kedai situ sahaja.

Bila dah siap, terus susun satu persatu. Berpeluh-peluh jugalah. Jemput tengok gambar yang Mia ambil hari Sabtu lepas semasa aktiviti menyusun dan mengecop salinan sijil-sjil Mia...


Hari ini pula, telah selesai semua sijil-sijil disahkan oleh pegawai kumpulan A. Siap belanja minum air lagi...

p/s: masih mencari jawatan kosong Pegawai Teknologi Maklumat di kawasan Johor Bahru...