Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Selepas musim Setia Hujung Nyawa di Slot Akasia, yang Mia sendiri pun turut mengikuti drama tersebut sehingga selesai. Dah terjebak memang kena tengoklah sampai habis. Kini, dah mula dengan drama seterusnya Rindu Bertamu Di Abu Dhabi sebanyak 28 episod. Diakui memang tidak larat nak tengok betul-betul depan kaca  televisyen pada waktu siaran sepenuhnya sebab harus menguruskan hal rumahtangga apabila balik kerja. Mia memang suka ikuti drama ini, kalau tertinggal akan cuba tengok semula di http://www.tonton.com.my

Kisahnya memang membuatkan Mia terpaut dengan permulaan yang begitu membawa kita menjiwai cerita ini secara sendirinya. Lebih kepada unsur kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan dan yang Mia tidak suka pasti ada unsur pengkhianatan. Harap-harap kesudahan biarlah berakhir dengan happy ending.

Watak utama cerita ini dibintangi oleh pelakon kegemaran Mia iaitu Fahrin Ahmad (FA). Mia memang suka tengok dia berlakon. Nampak sweet sangat. Pelakon-pelakon lain yang hebat ialah Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Shahrizal Jaszle, Dato’ Rahim Razali, Lydiawati, dan Fauziah Gous.

Paling suka bila pelakon wanita bertudung dalam cerita ini. Nampak ayu dan manis sangat.

Sempat printscreen gambar Fahrin Ahmad dari tonton.com.my



Update pada 2/4/2013 - review episod akhir ada di SINI.

memang suka tengok FA berlakon sejak dulu lagi...