Segmen Teknik Copy Paste Jadi Inspirasi Pada Blogger Lain

Mia rasa gembira sebab dapat cetuskan inovasi baru dalam bersegmen dengan menggunakan teknik copy paste. Ternyata ramai blogger senang nak join segmen dan juga tidak sampai 1 minit, entri penyertaan telah pun siap.

Bertambah terharu apabila ada beberapa blogger seperti Eraz Fadli, FarahNabeelCik Kumbang dan DJH turut buat teknik yang sama dan kreditkan kepada Mia. Terima kasih ya... Kalau ada blogger-blogger lain yang nak buat segmen dengan teknik copy paste, beritahu Mia ya, mana tahu Mia boleh join sekali untuk support.

Idea ini tercetus ketika ingin buat segmen bloglist tempohari yang berlangsung dalam tempoh 12 jam.

Kelebihan teknik copy paste :
  1. Jimat masa
  2. Senang dan mudah
  3. Tiada kesilapan dalam entri penyertaan
  4. Mesej dapat disampaikan dengan jelas kerana coding telah disediakan
  5. Dapat menarik ramai orang untuk join
  6. Entri penyertaan yang standard - sama untuk semua peserta segmen
Ada juga blogger yang minta Mia buatkan tutorial untuk buat kotak bagi coding segmen seperti yang Mia buat. Senang, sekali klik kat dalam kotak terus secara automatik akan highlight semua coding di dalamnya. Mia akan buat tutorial khas tentang ini nanti. Jangan risau..

senyum lebar sampai letih urat pipi....

Entri berkaitan :
Tutorial Cara-Cara Nak Buat Segmen Copy Paste