Kebetulan tengahari ini, Mia balik rumah. Bila tengok di peti surat, ada pula surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Sulit dan persendirian. Terasa pelik juga tiba-tiba dapat surat ini.

Bila dibuka, punyalah terkejut sebab Mia dapat surat tawaran untuk menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Terus jadi susah hati. Lagi menakutkan apabila tengok tarikhnya, 13 April 2013 adalah pada hari esok. Makin panik dibuatnya.


Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Seksyen A - Pengetahuan Am
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Esei Bahasa Melayu
Seksyen D - Esei Bahasa Inggeris

Nampaknya, malam nanti Mia kena belajar mana-mana yang patut sebagai persediaan. Walaupun last minute, sekurang-kurangnya ada juga belajar.

Seperti yang telah dinyatakan di dalam surat ini, calon boleh menyemak keputusan pada 17 Mei 2013 melalui portal SPA di www.spa.gov.my. Calon yang lulus akan dipanggil untuk menghadiri Pusat Penilaian Kompetensi pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kelak.

betul-betul berdebar-debar ni.. cuba yang termampu.. doakan Mia ya...

Entri berkaitan :
Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 Pada 23 Mei 2013
Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41