Dalam entri sebelum ini, Mia ada tunjukkan cara-cara untuk update blog secara mobile dengan Bloggeroid.

Sebenarnya boleh sahaja buat entri baru dengan hanya menaip teks dan masukkan gambar. Tetapi mungkin entri akan nampak kurang kemas. Kalau boleh biarlah ianya kemas seperti update blog dengan laptop ataupun komputer.

Mia cadangkan gunakan aplikasi Memo untuk menyimpan coding dan tag HTML yang sering digunakan. Anda hanya perlu copy coding dari Memo dan paste ke dalam ruangan editor Bloggeroid.



Jangan risau ketika operasi copy dan paste akan keluar dan masuk aplikasi Bloggeroid dan Memo. Entri yang telah ditaip tidak akan hilang sehingga anda Publish ke dalam blog.

Tips dan tutorial ini amat sesuai untuk mereka yang ingin cepat update blog dan yang sukar untuk mengingati coding dan tag HTML.

Selamat mencuba..

anggaplah aplikasi android Memo ini ibarat Notepad di komputer kita...

Terkini (Updated 28/9/2013)
Untuk gambar, tidak perlu letak tag center lagi sebab bloggeroid akan center kan gambar secara automatik.


posted from Bloggeroid