Cara-Cara Update Blog Secara Mobile Dengan Bloggeroid - Mia Liana

Saturday, May 18, 2013

# Tutorial

Cara-Cara Update Blog Secara Mobile Dengan Bloggeroid

Sejak menggunakan aplikasi android Bloggeroid, Mia rasa cukup puas hati apabila hendak update blog (buat entri baru) secara mobile. Setakat ini tiada masalah yang dihadapi tidak seperti aplikasi yang Mia gunakan dulu.

Ada 3 ruangan di dalam aplikasi Bloggeroid ini. Bahagian yang di atas sekali ialah untuk tajuk entri. Bahagian yang di tengah ialah untuk editor, tempat untuk menaip entri. Bahagian di bawah sekali ialah untuk Labels, kategori entri.

Kalau perasan, masa mula nak buat entri baru, ada ditunjukkan format tag yang mudah untuk Bloggeroid ini. Walaubagaimanapun, Mia lebih selesa menggunakan standard tag dalam HTML.

Tag HTML yang Mia selalu gunakan ialah :

<div align="justify">teks entri anda</div>
Untuk menyamakan hujung teks entri di sebelah kiri dan kanan supaya mempunyai lebar yang sama. Entri akan menjadi kemas.

<center>gambar atau teks entri</center>
Untuk meletakkan gambar atau teks entri ke bahagian tengah. Selalunya Mia guna untuk gambar. Kalau gambar di sebelah kiri, akan nampak tidak seimbang pula nanti.

<a href="link ke entri/url lain" target="_blank">teks yang ingin di linkkan</a>
Untuk meletakkan link ke entri lain atau URL lain. Apabila ditekan link URL tersebut, entri tersebut akan terpapar di tetingkap yang baru.

Bagi kegunaan tutorial ini, Mia gunakan gambar yang di printscreen di handphone semasa update entri pagi tadi, Tukar Charger Handphone Baru.

Cara-caranya ialah :

Mulakan buat karangan entri baru dengan memasukkan tajuk dan menaip ke dalam ruangan editor.

Tekan pada butang Menu di handphone dan selepas itu, masukkan gambar dengan menekan butang Add Image.

Gambar telah berjaya dimasukkan selepas tag image muncul di ruangan editor. Teruskan menaip entri sehingga selesai dan masukkan Labels untuk entri tersebut.

Kemudian, masukkan tag html untuk link kan ke entri atau url yang berlainan.

Selepas itu masukkan tag div align untuk menyamakan teks di sebelah kiri dan kanan.

Kemudian di penghujung teks (sebelum tag image), tutuplah tag div tadi. Untuk gambar pula, gunakan tag center supaya posisi gambar akan berada di tengah entri. Selepas selesai, tutupkan tag center tersebut.

Kemudian untuk teks entri seterusnya, masukkan tag div align dan kemudian tutup tag div tersebut di penghujung teks entri.

Jika anda perasan, Mia ada masukkan coding imej nota kaki yang telah pun disimpan di dalam aplikasi Memo. Senang... tinggal copy dan paste ke dalam entri ini.

Sila semak semula ejaan dan tag html yang telah dimasukkan tadi dengan teliti. Pastikan semua tag ada penutupnya.

Selepas itu, sila tekan butang Publish.


Boleh buat pilihan anda sendiri. Selalunya Mia akan pilih untuk tick pada "posted from Bloggeroid" dan Save post to SD (sekiranya ada masalah semasa Publishing dan entri tidak berjaya dimasukkan ke dalam blog, boleh ambil semula dari SD)

Kemudian, tekan Publish.


Selepas entri berjaya dimasukkan ke dalam blog, boleh tekan pada Show in Browser untuk terus melihat entri terbaru yang dihasilkan di dalam browser.

Selamat mencuba.. (^_^)

Mula-mula memanglah terkial-kial nak update blog secara mobile. Tetapi lama-kelamaan akan terbiasa dan terasa mudah dan menyenangkan...

Terkini (Updated 28/9/2013)
Untuk gambar, tidak perlu letak tag center lagi sebab bloggeroid akan center kan gambar secara automatik.

Entri berkaitan :
Guna Memo Untuk Simpan Coding HTML

39 comments:

  1. buat mase ni gune laptop jer dulu, huhuhu

    ReplyDelete
  2. aha..baru tau..haha..saya baru je publish entri guna bloggeroid..haha first time..baru nak cuba jadi ke tidak :D

    ReplyDelete
  3. Thansk sis Mia! Nanti ada rezeki lebih dapat upgrade ke hp canggih leh la guna tutor ni.. =)

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba nanti:) nice sharing kak mia! :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..mcm tu..t.kasih mia..org ada aplikasi ni..tapi tak paham nak guna dgn cara yg betul..

    ReplyDelete
  6. pernah guna app ni tp ssh sket nk masukkn coding..
    tp tutorial k.mia ni terbaik..gud job kak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya akhil... boleh tengok entri selanjutnya di http://www.mialiana.com/2013/05/guna-memo-untuk-simpan-coding-html.html

      Delete
  7. rasa macam leceh pula...nak kena ingat coding semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia bagi 3 jenis yang simple dan penting je bahrain... boleh buat nanti... percayalah..

      Delete
  8. sis mia ni memang the best bab2 tutorial ni ..kitorang sayanglah sis mia ^^

    ReplyDelete
  9. selalu jugak pcl update melalui mobile tp guna aplikasi Blogger-droid v2.0.6 , dah biasa ..mudah rasanya., tp skill nk guna coding HTML tu kekadang lupa code yg sedia ada....ok lps ni simpan dlm memo n copy jer...tq Mia.

    ReplyDelete
  10. memang senang. dah pernah cuba. tapi setakat ni , masih selesa menggunakan laptop :D

    ReplyDelete
  11. terima kasih berkongsi kak mia.. aiza masih guna netbook sekarang ni..

    ReplyDelete
  12. wah mmg agak janggal juga ni...tapi kalau dah biasa mungkin takde hal lah kot...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah timi... pasti akan terpaut nanti...

      Delete
  13. saya pernah update guna menda ni, tapi entri jadi tak kemas haha. gambar tak center. blogging best guna laptop jugak hihi. thanks ye kak ^^

    ReplyDelete
  14. take time jugak nak buat benda ni. n tertanya2 jugak apa yang jadi bila dah post.

    ReplyDelete
  15. tengah tunggu apps blogger for blackberry ;( apapun kekadang update via email je.

    btw, mia liyana saya dah follow awak. mind followback ? thank you ! ;)

    http://lovelynemo.blosgpot.com

    ReplyDelete
  16. Ni yang lagi teringin nak guna android nih... Tunggulah jika duit jatuh dari bulan... hehe

    ReplyDelete
  17. memang selalu pakai bloGGeroid ni tapi part tanG Gambo tu yanG payaH sket.. tHanks Mia ye...

    ReplyDelete
  18. dah download tapi tak try lagi update

    ReplyDelete
  19. AJ ni buta IT sikit.....
    So bukak chrome kat phone, update macam biase je....
    Hehehhehehe..

    ReplyDelete
  20. memang tak pernah guna hp kalau update... reply komen dan bw adalah...

    ReplyDelete
  21. oh baru tau.. terima kasih kak Mia.. iha dah 2 kali install pastu uninstall sbb x berapa reti.. hehehe..

    ReplyDelete
  22. Nice sharing kak mia.
    Akak belum pernah guna lagi.

    ReplyDelete
  23. wow, hebatnya.. N sekarang tgh cari HP yang sesuai untuk berblog..

    ReplyDelete
  24. Tutorial yg menarik.. T.kasih ats perkongsian :)

    ReplyDelete
  25. Belajar guna bloggeroid. Hehe. Tak biasa lagi.

    ReplyDelete
  26. thanks mia ^^ baru nak download. susahlah guna apps blogger

    ReplyDelete