Semasa membelek gambar-gambar lama, tiba-tiba terasa ingin berkongsi gambar di atas ini semasa Mia baru sahaja lepas berpantang melahirkan Sofea. Pada masa itu sedang menyambut hari raya pada tahun 2009. Sayangnya kat Sofea... penyeri kehidupan Mia dan Suami Mia. Benarlah kata orang, kita akan tidak dapat membayangkan bagaimana kasihnya seorang ayah dan ibu, sehinggalah kita mempunyai anak sendiri.

Jom kita dengar lagu dendangan Sharifah Aini.... Selamat Hari Ibu semua...


Lirik Lagu Kasihnya Ibu - Sharifah Aini

Kasihnya ibu 
Membawa ke syurga 
Kasihnya saudara 
Masa berada

Berkorban nyawa 
Tanda kasihnya

Berkorban raga 
Rela binasa 

Kasihnya ayah 
Sanggupkah berpisah 
Dan kasih anaknya 
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa 
Akan tersiksa 
Ikhlas dan rela 
Asal kau bahagia

tersentuh jiwa bila mendengar lagu ini...