Mia sebenarnya rasa ada banyak idea nak update blog. Tapi itulah nak cakap macam mana. Masa itu cukup untuk kita cuma kita sahaja terasa macam masa tidak cukup untuk kita.

Ada beberapa entri yang masih dalam draft. Masih belum sempat untuk final touch up. Sejak dah guna handphone smartphone ni... rasa macam malasnya nak buka notebook. Kalau sibuk, Mia update blog dengan handphone. Balas komen di blog dan blogwalking pun guna handphone. Tak dapat nak buat semua. Buat yang termampu.

Sejak akhir-akhir ini, mood kerja Mia agak kurang sedikit. Bila berlaku perkara yang tidak betul yang sentiasa dianggap betul amat mengelirukan Mia. Bila perkara yang tidak betul harus dibetulkan tetapi tidak diendahkan, pun payah juga. Bila nak mengubah ke arah yang lebih baik tetapi terbantut di tengah jalan akibat hasutan orang lain, amat mendukacitakan. Bila apa yang dibuat tanpa mengharapkan balasan, tetapi tidak dihargai, terasa betapa tergurisnya hati. Bila ada yang hati busuk, mula putar-belitkan keadaan yang harmoni, cukup sakit hati dibuatnya apabila tahu kisah yang benar. Semua ini berlaku di depan Mia. Mia pun terasa juga tempiasnya. Itulah lumrah keadaan di tempat kerja. Ada yang negatif dan ada yang positif. Ada yang buat hal sendiri dan ada yang kaki bodek. Ada anak buah yang teruk buat kerja sedangkan bosnya tidak ambil berat hal itu. Yang boleh buat kerja akan disuruh buat kerja sampai tidak cukup masa. Yang tidak boleh buat kerja, dibiarkan entah ke mana. Pilih kasih pun ada juga. Yang buat salah akan sentiasa buat salah tanpa tindakan. Yang baik pula dituduh atas kesalahan orang lain. Yang suka mengata terlupa diri itu tidaklah sebagus mana. Mana-mana pun tentu ada, bukan? Bila difikirkan betapa beratnya dipikul. Bila dibiarkan, esok lusa pun terfikir juga. Nak bersuara pun tidak ada gunanya. Pangkat pun tidak sebesar mana. Bila disimpan meranalah hati. Bila diluahkan, terasa hilang bebanan.

Hanya mampu muhasabah diri dan berdoa untuk kebaikan semua agar kita sentiasa dilindungi olehNya.

sekadar luahan... usah ditanya kenapa...


posted from Bloggeroid