Harap-harapnya anda semua tidaklah terkejut bila datang ke blog ini. Entah semalam dan hari ini Mia terajin pula nak tukar blog ini kepada serba pink. Kata orang, buat naik seri. Sebelum ini, warna kelabu, nampak macam terlalu korporat sangat dan rasanya macam tidak sesuai dengan blog personal Mia ni.

Nak dijadikan cerita bila Mia tukar balik kepada header yang asal, terasa warna kelabu tidak sesuai. Kemudian, sesi makeover dilakukan dengan pelbagai cara dan akhirnya Mia rasa suka bila blog ini telah berwarna pink supaya nampak sesuai dengan header Mia ini.

Begitu juga supaya blog layout nampak seimbang dengan widget di sidebar, Mia telah tukar kepada 5 entri di laman utama blog. Sekiranya loading blog ini agak berat, sila maklumkan pada Mia ya...

Pilihan yang sekarang ini, background blog warna pink.

Pilihan sebelumnya, warna pink di dalam blog.

Tukar punya tukar maka jadilah rupa blog seperti yang pilihan pertama. Harap anda semua suka dengan makeover kali ini. Ceria-ceria selalu tau!

mood suka...