Baru sahaja balik dari shopping barang Sofea di Aeon Jusco Bukit Indah. Punyalah ramai orang. Mula-mula nak beli yang penting sahaja. Bila dikira balik, tak sampai RM100. Terpaksalah beli mana-mana barang lain yang dirasakan perlu. Pergi ke tingkat yang paling bawah untuk barang keperluan dapur dan tingkat yang paling atas untuk barang keperluan Sofea.

Demi Gift Voucher RM5, dapat juga cukupkan belanja RM 100 walaupun sampai 3 resit semuanya. Terlebih sedikit pun tidak apa. Rasa rugi pula kalau tak rebut peluang ini.




Lega... misi Mia berjaya.... Suami Mia ikutkan sahaja. Sofea lagilah suka dapat banyak barang dia..

suka sangat kalau dapat gift voucher... walaupun nilainya RM5..

posted from Bloggeroid