Wahhhh... bestnya. Percutian 3 hari 2 malam di Felda Residence Tanjung Leman amat mengujakan. Apatah lagi, seminggu sebelum itu, Mia dan Suami Mia telah pun membelek-belek di internet dan lihat gambar-gambarnya. Memang cantik sangat. Sofea adalah orang paling tidak sabar. Saban hari asyik bertanya... bila.. bila.. bila..

Hari itu, hari Jumaat 13 September 2013, Mia ambil cuti untuk kemas baju dan buat persiapan percutian satu keluarga ini.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Tanjung Leman mengambil masa 2 jam. Suami Mia pandu kereta ala-ala santai. Kami melalui highway Senai - Ulu Tiram kemudian menuju ke Jalan Kota Tinggi - Mersing.

Jemput tengok gambar kami.... (sila klik pada gambar untuk besarkan)

Seronoknya Sofea nak pergi bercuti.

Dari bandar Senai.

Keluar dari highway Ulu Tiram. Tol RM 3.70.

Hampir sampai ke Kota Tinggi dan terus menuju ke Mersing.

Kalau tak jumpa kubu lama ini, memang salah jalan lah..

Yahooo... dah nak sampai..

Pemandangan Felda Residence Tanjung Leman dari jauh.

Selepas check-in menuju ke bilik.

Pemandangan dari depan bilik.

Swimming pool yang besar dan luas.

Bilik kami 229, Superior Queen.

Sofea rehat atas tilam dengan patung kesayangannya, si bear, bee dan stitch.

Mia dengan Suami Mia di balkoni.

Pemandangan dari balkoni. Wahhh.. nampak laut. Seronoknya..

Perkara pertama yang Mia check ialah internet wi-fi. Siap test di tablet Suami Mia dan handphone Mia. Boleh buka blog Mia dengan cepat. Maklumlah Mia pengguna tegar internet, kalau tiada internet tidak keruan dibuatnya.

Bilik ini ada balkoni dilengkapi dengan mini peti sejuk, kemudahan membuat air kopi dan teh, sejadah, bilik mandi (air panas/sejuk) dan pengering rambut. Cukup selesa sekiranya ingin tilam tambahan.

Kami berehat sebentar sebelum aktiviti seterusnya bersambung di SINI. Peace... (^_^)

Untuk keterangan lanjut, sila layari
Call Reservation Number : 07-7911155 / 07-7911188

mood teruja, happy, seronok.. tak sangka cantik betul tempat ini...

Entri berkaitan :
Felda Residence Tanjung Leman : Swimming Pool
- Felda Residence Tanjung Leman : Snorkeling
- Felda Residence Tanjung Leman : Island Hopping