Perkataan pertama yang disebut oleh Sofea, "Swimming pool ada, tak?" semasa kami baru sampai di Felda Residence Tanjung Leman. Bila dah nampak swimming pool, mulalah sibuk nak mandi petang itu juga. Cepat-cepat Mia dan Sofea tukar baju renang kemudian teruslah terjun. Mandi kat kolam kanak-kanak terlebih dahulu dan kemudian baru bertukar ke kolam dewasa. Punyalah suka Sofea... hajat nak mandinya dah tercapai.

Jom tengok gambar kami.... (sila klik pada gambar untuk besarkan)





Seronoknya Sofea dapat berenang. Sekejap guna pelampung.. sekejap guna board.. janji dia nak berenang. Puas hati sungguh dia nampaknya. Dapat berenang sesuka hati.

Hari pertama yang sungguh memenatkan. Tidak sabar nak menunggu hari esok untuk aktiviti snorkeling dan island hopping. Tunggu ya...




Swimming pool dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam. Kedalaman kolam kanak-kanak (children pool) ialah 1 setengah kaki manakala kedalaman kolam dewasa (adult pool) ialah 4 kaki.

Untuk keterangan lanjut, sila layari
Call Reservation Number : 07-7911155 / 07-7911188