Dalam satu-satu organisasi, rumahtangga, masyarakat mesti ada segelintir yang tergolong dalam mulut lidah bercabang. Mereka ini boleh dinamakan perosak sebab akan mengakibatkan perbalahan, pergaduhan dan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Sedih, kan? Yang jadi mangsanya, kita semua ini.
Lidah bercabang ini sebenarnya adalah peribahasa yang bermaksud selalu berubah-rubah dan tidak dapat dipercayai. Juga dikenali dengan lidah biawak.
Selalunya orang yang lidah bercabang ini, nampak luarannya baik dan sopan. Katakan dia berborak dengan orang A tentang kisah X, lepas itu dia cakap dengan orang B tentang kisah X yang telah bertukar versi lain. Tidak ke.. pening kalau orang A dan orang B berborak tentang kisah X? Ada dua versi yang berlainan tentang kisah X. Kalau kisah X satu perkara penting, tidak ke aniaya namanya itu?
Motif? Ada yang nak nampak diri dia sahaja yang bagus di depan rakan-rakan lain. Ada yang suka porak perandakan keadaan, akan rasa puas hati dengan cara ini. Ada yang rasa dengki dan jeles sehingga berdendam. Pendek kata, yang tiada motif pun ada juga. Tapi semuanya tentulah negatif. Buanglah semua sifat-sifat negatif ini yang semakin akan memburukkan keadaan. Sejarah juga telah membuktikan bahawa keruntuhan kebanyakan kerajaan teragung di masa dahulu adalah daripada konflik, perebutan kuasa dan masalah dalaman.
Apa yang patut kita buat? Paling mudah cuba selidik dahulu kisah X yang sebenarnya daripada orang lain juga. Jangan mudah terlalu percaya dengan orang yang lidah bercabang ini. Hadapi situasi getir yang diwujudkan oleh golongan lidah bercabang ini dengan cara yang rasional dan ada pertimbangan. Lama-kelamaan yang benar akan muncul. Pada masa itu terbukti segalanya. Harus diingat, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Sampai bila kita nak berada di takuk yang lama, dengan era yang serba maju dengan internet dan penggunaan sosial media yang meluas, Mia rasa makin terasa banyak yang tidak boleh percayai. Naik takut pun ada.
Mula-mula tidak terlalu besar impaknya jika hanya melibatkan satu-satu komuniti, kelompok atau kejiranan. Tetapi bila ianya telah tersebar meluas melalui media sosial seperti facebook, blog, twitter, instagram dan lain-lain akan lebih mengeruhkan keadaan dan melibatkan komuniti yang lebih besar. Bila dah sampai tahap ini, memang terlalu bahaya dan berisiko tinggi. Walaupun kisah X hanya datang dari seorang yang lidah bercabang.
doakan agar mereka cepat sedar dari lamunan dan angan-angan sendiri....
23 Comments
Ramai org yg macam ni sekelililng kita..nauzubillah...
ReplyDeleteai kak ada yg makan dlm ke? kalo saba Tuhan syg..doakan mereka berubah hehe
ReplyDeletejemput join kak http://www.dearxila.my/2013/09/like-and-share-giveaway-40-pemenang_12.html :)
Setuju kak mia..sye penh ada kwn mcm ni..semnjak tau dia jnis lidh brcbang..sye diamkn dri je klau brckp dgn glongn mcm ni..sbb nnti dia putar belit crita..
ReplyDeletebahayanya klau jumpa org mcm nie..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak mia. doakan mereka cepat berubah kak :)
ReplyDeletesetuju dgn kak mia!! :D
ReplyDeletemereka ini adlah golongan orang yg bahaya jika menjadi kawan kita...kiat perlu selalu beringat la kalau berkawan tu
ReplyDeleteagree 220% kak mia, bahaya orang yang lidah bercabang ni, dan Farah paling takut dengan orang yang lidah bercabang ni... huiyoo mintak2 dijauhkanlah... tapi kalau dah terpaksa berdepan nak buat camno ek? ignore jerlah... biarkan mereka hidup dalam alam khayalan dan fantasi sendiri, kita doakan ajerlah yang terbaik buat orang2 yang berkenaan tu...
ReplyDeletesangat berbahaya ni..boleh memutuskan silaturahim..nice sharing kak mia :)
ReplyDeletepaling takut ngan orang cenggini
ReplyDeletebahaya orang macam tu...mmg selalu ada kt masyarakat kita nie,.nak kena kenallah mereka yang macam nie...thanks kak mia sharing tentang nie..
ReplyDeleteBetul mia, bahaya orang macam ni
ReplyDeletecuba elakkan berkawan ngan org yang lidah bercabang ne dan juga cuba menahan diri dari bersikap lidah bercabang, secara sedar ke tak sedar.
ReplyDeleteAkak selalu terkena dgn org macam ni Mia... tapi apa yg akak buat, akak solat hajat dan bersabar disamping pekakkan telinga dari mendengar cotcet2 org pentadbiran. Tapi, akak selalu tetapkan pendirian atas apa yang akak dah buat. BTW, mmg sedih tau...
ReplyDeletebetul sis..kathy pun selalu terkena...:(
ReplyDeletekena sentiasa hati-hati dengan orang yang macam ni...
ReplyDeleteramai sgt yang macam ni. dan kadang2 memang susah nak kesan org macam ni sebab dia pandai menipu
ReplyDeletebetul2 . harap ada yang sedar after kak mia post entry nie
ReplyDeleteselalu berhati-hati dan buat siasatan tentang perkara yang diberitahu pada kita........
ReplyDeletebetul tu kak mia. sangat bahaya!
ReplyDeleteNice sharing.... memang ramai orang mcm nie sekeliling kita... tp hati2 dengan org sedemikian rupe. berbahaya...
ReplyDeletemoga kita terhindar dari mereke...
pernah terkena dgn org macam ni kak.. tak pasal2 kerana mulut putus persahabatan.. mungkin salah kami jugak. percaya cerita dr mulut ke mulut tapi tak tanya sendiri dengan tuan punya badan.. huhu
ReplyDeleteBetol tu owg ni mcm mau dok p hantaq kat palestin tu biaq dek tembak dgn owg israel lagi mulia pada dok jd lidah bercabang
ReplyDelete