Setiap hari Mia pandang. Dari sehari ke sehari sehingga sebulan ke sebulan. Baru perasan dah nak hampir setahun, Mia berhajat nak beli kasut sukan baru.

Yang ada ini pun dah terlalu lama berjasa sehingga tapaknya dah tercabut. Sayangnya. Penuh dengan sentimental value ni. Nak dibuang sayang. Maka tersimpan rapi di rak kasut. Saban hari dipandang ketika pergi dan pulang kerja. Setiap kali terpandang, seringkali terfikir... bilalah nak beli yang baru ni. Suami Mia dan Sofea dah beli yang baru. Cuma Mia sahaja yang belum. Dulu.. Mia beli kasut sukan ini kat Plaza Angsana. Kalau nak beli tentulah lama nak pilih. Kadang kalau ada yang berkenan, tapi tiada saiz pula. Nak menyinggah sana pun tidak sempat. 



Hari-hari mengadap internet. Macam best je nak survey kasut sukan online di Zalora Malaysia. Cuci-cuci mata tengok koleksi kasut sukan. Mana tahu... kot-kot berkenan ke.... Harganya pun katanya berpatutan. Ramai yang dah beli, teringin juga nak merasa beli online ni...

barang yang lama usah dikenang....