Keinginan Suami.. Keinginan Isteri..

Keinginan suami yang terkadang tidak dapat dipenuhi oleh para isteri. Keinginan isteri yang mudah tetapi sukar dilaksanakan oleh pada suami. Terkadang kita tidak perasan yang kita sebenarnya terlalu memilih. Tetapi hakikatnya, kita perlu terima seadanya jodoh yang telah ditentukan untuk kita. Mari kita fikir sejenak...

sumber gambar : google

Sebahagian besar suami menginginkan isteri yang pandai memasak, pandai menjahit dan cantik... tetapi di zaman yang serba maju dan moden ini, apabila para isteri ada kerjaya sendiri, sudah tentu tidak mampu laksanakan keinginan suami yang tiga ini.

Tapi kita, para isteri.. tidak menginginkan apa-apa dari mereka selain 2 perkara iaitu tanggungjawab dan setia. Dalam kehidupan berumahtangga, 2 perkara ini adalah yang terpenting bagi menjaga keharmonian dan hubungan sekeluarga. Suami wajib bertanggungjawab ke atas keluarganya dan juga setia terhadap isterinya.


bersyukurlah dengan pasangan kita... jangan terlalu meminta yang tidak mampu ditunaikan..

Post a Comment

34 Comments

  1. selalunya suami nak cari yang cantik, pandai memasak, pandai segalanya tapi kita isteri terima seadanya......

    ReplyDelete
  2. Insyallah..moga kekal hingga ke akhir hayat..dapat menerima kebaikan dan keburukannya...

    ReplyDelete
  3. Kak Ummi sokong dan setuju dengan Mia.....kadang-kadang suami tidak memahami isteri dan hanya mementingkan ego.....tapi kalau si suami asyik berbau harum wangi ja.....hehe....

    ReplyDelete
  4. Btul tu....moga menjadi suri di hati suami selamanya...

    ReplyDelete
  5. Suami dan isteri melengkapi satu sama lain hehe

    ReplyDelete
  6. lebihkan memberi dari meminta... blh gunakan terapkan konsep sedekah dalam mnjalankan tgjwab suami isteri... :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...betul tu terimalah pasangan kita seadanya...:)

    ReplyDelete
  8. betol tu... tak semua bertuah memiliki ciri2 yang kita nak..

    ReplyDelete
  9. Syukur dengan jodoh yang diberikan Allah.. :)

    ReplyDelete
  10. memberi dan menerima.. tu yg akan saling melengkapi nanti, kan

    ReplyDelete
  11. Bertanggungjawab & setia tu jauh lebih besar,lebih berat,lebih sukar nak dipikul dari pandai masak,pandai jahit & cantik..

    Well aku xpcaya lelaki terlalu pntingkan cantik.sbb yg cntik sentiasa lalu depan mata..tiap2 hari akan ada ppuan yang lebih cantik dari yg semalam..so logik ke cantik????

    Jgn sbb xramai lelaki peduli pasal komen camni,korang org ppuan merasakan korang sentiasa betul...kdg2 ditakdirkan allah andai terjadi suami xmenghargai anda..muhasabah diri..sejauh mana anda sebagai isteri tau apa yg para suami tanggung.. mgkin sblum kawin anda beri suami bemcm2 dugaan utk mnilai kesetiannya..skrg anggap la tu sbg ujian kepada anda pulak..allah maha adil..

    Tau kah korg ppuan2..berapa ramai lelaki bgaji bawah 1000 sanggup berlapar,pakaian tak terurus,tak cukup tidur & berhrmpas pulas mencari wang hantaran demi mgahwini korang?? Situasi yg tak berlaku dizaman dulu2 wlupn mereka xpnh bcinta..ini kata cinta tp hampeh..

    Antara ciri wanita yg baik adalah wanita yg mudah dikahwini..

    Siapa korang?? Mudah diajak tidur..ini fakta..dan fakta yg allah beri..bahawa neraka itu dipenuhi orang wanita.. knp?? Belum kawin bg susah suami.dah kawin xtau bsyukur..

    ReplyDelete