Selepas Shoutbox berpindah ke page sendiri, tibalah masanya pula untuk Mia mengeluarkan tabber widget dari side bar blog ini. 


Memanglah sayang nak keluarkan dari blog ini sebab tabber widget ini terlalu cantik bagi Mia. Mia ikut tutorial di SINI untuk buat tabber widget yang kita boleh ubah sendiri warnanya dan rekabentuknya.

Sebenarnya, Mia rasa nak tukar penampilan blog ini kepada yang lebih simple. Asyik pandang yang sama sahaja, tentu lama-lama boring, kan? Ada beberapa perubahan lagi yang Mia akan buat sedikit demi sedikit.

Diharap perubahan ini tidak akan mengganggu konsentrasi pengunjung ketika membaca entri di dalam blog ini...

mood bermain dengan coding... (^_^)